Tampilkan postingan dengan label rakyat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rakyat. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

Berita Baik untuk rakyat Selangor Tak akan di Keluarkan Oleh RTM Utusan Dan TV3

SHAH ALAM 6 FEB: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi (HPIPT) kepada 32,130 anak negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, program yang dimulakan sejak 1 Julai 2008 lalu diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima sebanyak 45,164 permohonan daripada pelajar dan hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja layak dipertimbangkan untuk proses pemberian HPIPT sebanyak RM1,000.

Manakala, sebanyak RM38.3 juta pula diperuntukkan untuk Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri yang diberikan kepada 4,770 orang pelajar sejak lima tahun kebelakangan ini.

Dr Halimah berkata, seramai 758 pelajar diberikan pengurangan dan pelupusan bayaran balik atas sebab Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang cemerlang mulai tahun 2004 hingga 2012.

Katanya, sejumlah RM5.05 juta jumlah pinjaman pelajaran yang dilupuskan sejak lapan tahun lalu.

“Bagi PNGK di antara 3.75 hingga 4.00 pinjaman diubah kepada biasiswa penuh dan bagi 3.49 hingga 3.74 diberi kadar pengurangan pinjaman sebanyak 50 peratus dan bagi 3.20 hingga 3.49 diberi pengurangan sebanyak 25 peratus,” katanya dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah petang tadi. ~selangorku
ReadFull Article ..

Kamis, 19 Desember 2013

Fokus isu pilihan raya bersih kos hidup rakyat

Harakahdaily, 01 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan Tantawi menyeru agar Pakatan Rakyat menumpukan kepada dua isu utama untuk Pilihan raya Umum ke-13 iaitu isu memastikan pilihan raya bersih dan adil dan juga isu berkaitan dengan kehidupan rakyat
Nasrudin menegaskan bahawa kegagalan mempengaruhi dan menakluki hati, pemikiran dan minda pengundi membawa maksud kecundang dan tewas dalam saingan pemilihan pemimpin yang diadakan.

Namun, semua itu tidak perlu diendahkan jika sistem pengendalian pilihan raya diselia tanpa nilai integriti dan semangat responsibiliti yang tinggi  kerana ia membuka ruang manipulasi dan ketidaktelusan yang ketara.

“Maka pola pemikiran pengundi tidak memberi apa - apa makna kepada keputusan pilihanraya yang bakal diumumkan… Tiada makna skil individu atau pasukan yang hebat dan menarik jika padang tidak rata dan pengadil berat sebelah,” kata beliau di blognya.

Antara isu utama yang perlu ditekan oleh semua pihak ialah memastikan kebebasan media, pemansuhan undi pos,  dakwat kekal dan seumpamanya mestilah menjadi realiti.

Bagi isu berkaitan dengan kehidupan rakyat seperti masalah kos hidup, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan jaminan kesejahteraan hidup mereka yang harmoni., Nasrudin berkata boleh dibangkitkan secara seimbang antara bongkar dan dedah masaalah yang sedang dihadapi oleh rakyat dengan tawaran dan perlaksanaan polisi yang akan dilaksanakan jika diberi mandat mentadbir dan memerintah.

Baru-baru ini, Nasrudin mengetengahkan idea untuk memberikan lesen memandu seumur hidup tanpa perlu diperbaharui manakala Rafizi Ramli daripada PKR pula mengemukakan cadangan untuk menurunkan harga kereta dengan menurunkan duti eksais kereta.

Nasrudin berkata selain itu penekan harus diberikan kepada  pendedahan penyelewengan berkait kepentingan umum supaya rakyat mempunyai bukti kukuh dan maklumat jelas bahawa penyelewengan itu berlaku.

“Siapakah pemimpin yang wajar diberikan mandat untuk mengurus, mentadbir dan memerintah. Salah pilih membawa risiko besar kepada masa depan negara dan rakyat,” tegas beliau.

Namun apa yang jauh lebih penting, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu ialah pendidikan politik. Katanya, ia menjadi asas utama yang meluruskan sikap dan tindakan agar isu yang dibawa tidak berunsur fitnah dan berniat jahat sebaliknya berasaskan kesedaran yang sempurna untuk membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

“Politik baru yang memiliki nilai hemah yang tinggi, mampu mengurus isu dengan berkesan. Mengutamakan yang hak dan menolak kebathilan,” tambah beliau.
ReadFull Article ..