Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan

Jumat, 21 Februari 2014

Bajet SPR RM405 juta tidak masuk akal

Harakahdaily

Salmiyah Harun, 11 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Pertambahan bajet sebanyak RM360 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam peruntukan  Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) disifatkan tidak masuk akal,  tegas Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat.

Senator Dr Syed Husin Ali berkata, kos tambahan untuk pilihan raya hampir setengah billion yang diluluskan merupakan kos yang paling tinggi setakat ini.

Katanya, bajet awal yang dikemukakan sebelum ini adalah RM45 juta kemudian ditambah sebanyak RM360 juta bagi persediaan dan pengendalian pilihan raya umum nanti.

"Jadi peruntukan ini sebanyak RM405 juta.Tidak masuk akal! Jumlah yang besar tetapi belum tentu memberi jaminan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Katanya, persediaan yang baik salah satu perkara utama untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan licin dan diterima rakyat khususnya daftar pemilih.

"Banyak persoalan yang telah ditimbulkan dalam soal ini dan saya rasa kita tidak boleh mengenepikannya umpamanya sindrom menafikan.

"Kita mahu bila berlaku pilihan raya, rakyat betul-betul percaya akhirnya dunia menghormati keputusan itu, " katanya yang turut membangkitkan perkara ini dalam perbahasan Perbekalan Tambahan semalam.


Tarikh PRU


Sementara itu, Senator Muhamad Yusof Husin (gambar) menegaskan satu peraturan dibuat agar tarikh pilihan raya hendaklah diadakan setelah genap lima tahun dan tarikhnya diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13.

"Pengumuman itu agar semua rakyat Malaysia tahu bila tarikh pilihan raya umum berikutnya diadakan di samping memudahkan rakyat mengatur program mereka supaya tidak bertindih dengan tarikh berkenaan," katanya.

Beliau berpendapat mandat lengkap lima tahun parlimen adalah idea yang baik cuma tarikh PRU diadakan perlu disesuaikan juga supaya tidak jatuh pada bulan Ramadan atau musim haji.

Beliau juga mempersoalkan jika ada negeri-negeri yang mengambil sikap untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu berasingan, tidakkah SPR terpaksa berbelanja lebih besar?

Yusof yang juga membangkitkan perkara ini di dalam ucapan penangguhan semalam meminta kerajaan memberikan perhatian serius dalam perkara ini kerana amalan merahsiakan tarikh PRU tidak berlaku di lain-lain negara kecuali Malaysia.

Turut bersama dalam sidang media itu, Senator Khairiah Mohamed, Senator Dr Ariffin Omar, dan Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Sebelum ini,  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, perbelanjaan sebanyak RM360 juta yang diperuntukkan kepada SPR adalah bagi menampung keperluan persediaan serta pengendalian Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.
ReadFull Article ..

Selasa, 18 Februari 2014

Artis Wanita Bergambar Dengan Aksi Tidak Senonoh 8 Gambar

Gambar ini diambil di myartis.com dan mendakwa artis ini merupakan seorang artis melayu. Gambar seorang artis wanita yang didakwa oleh pengirim email menghisap ganja, bergambar tidak senonoh dan menghadiri parti tidak bermoral ala-ala tiger show. Siapakah artis wanita ini? Btol ke artis?











ReadFull Article ..

Minggu, 22 Desember 2013

DAP tidak akan ganti MCA

Wartawan Sinar Harian
11 Mei 2013
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM -  DAP tidak akan menyertai kerajaan BN untuk menggantikan peranan MCA.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, DAP berbeza dengan MCA kerana parti itu berjuang untuk semua kaum, bukan mewakili kaum Cina sahaja.

“Kita menolak apa-apa kemungkinan DAP akan menggantikan MCA dalam BN. Kita buat satu parti bukan untuk kaum Cina saja, tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

“Tujuan kita bukan untuk gantikan peranan MCA," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin agar DAP bergabung dengan BN bagi memastikan ada wakil kaum Cina dalam Kabinet yang bakal dibentuk.

Kit Siang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, DAP bersikap terbuka dengan syor dan cadangan mengenai keperluan wakil Cina dalam kerajaan dan akan memberi respons perkara itu kemudian.

“Kelihatannya banyak cadangan baru. Kita beri masa untuk rakyat kemukakan cadangan. Ini merupakan masa untuk teliti cadangan dan kami akan beri reaksi sewajarnya,” katanya.

Dalam PRU13 5 Mei lalu, DAP berjaya memenangi 38 daripada 51 kerusi Parlimen, manakala MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi yang ditandingi.

Berikutan prestasi buruk itu, pucuk pimpinan MCA memutuskan untuk tidak menyertai Kabinet di peringkat pusat atau negeri.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan ramai pihak agar Umno bersatu dengan Pas, beliau menyifatkan ia sebagai satu perangkap dan helah Umno.

Katanya, percanggahan beberapa perkara antara Pas dengan komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak sewajarnya dikaitkan dengan kemungkinan parti itu perlu menyertai Umno.

“Adakah Pas dan Umno bersetuju dalam semua dasar termasuk hudud? Tidak bukan? Jadi ini hanya perangkap Umno untuk memecahbelahkan PR. Tapi, kami tidak boleh diperangkap, “ katanya
ReadFull Article ..

Sabtu, 21 Desember 2013

Manila tidak lepaskan tuntutannya ke atas Sabah

 
March 19, 2013
Akhbar Filipina melaporkan Aquino berkata semalam bahawa pentadbirannya akan menyediakan rancangan untuk menamatkan tuntutan Sabah secara aman. – Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 19 Mac — Kerajaan Filipina sedang berbincang dengan sepasukan peguam bagi mengkaji tuntutan tersebut ke atas Sabah dalam masa sama pertempuran antara puak bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, menurut akhbar Filipina hari ini.

The Philippine Star melaporkan seorang anggota senior dalam kerajaan Filipina berkata negara tersebut tidak melepaskan tuntutan ke atas wilayah yang kini menjadi sebahagian dari Malaysia selama berdekad lamanya. 

“Mereka berguraukah bila mereka kata kita lepaskan tuntutan kita? Kita sudah bayar begitu bayar kepada peguam untuk mengkaji tuntutan tersebut,” kata Setiausaha Kabinet Jose Rene Almendras.
Tetapi beliau berkata sebarang tindakan negara tersebut akan dibawa mengikut undang-undang antarabangsa dan bukannya kekerasan, katanya yang menyahut pandangan Presiden Benigno Aquino III.

Akhbar tersebut melaporkan Aquino berkata semalam bahawa pentadbirannya akan menyediakan rancangan untuk menamatkan tuntutan Sabah secara aman.
Perdebatan tentang kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah timbul selepas pencerobohan timur Sabah oleh 200 pengikut bersenjata Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu lebih sebulan lalu.  

Semalam, Jamalul mengarahkan pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya Agbimuddin Kiram untuk melancarkan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, walaupun laporan mengatakan lebih 60 orang pengikutnya dan 10 orang anggota keselamatan Malaysia terkorban.

Pada 2 Mac, Setiausaha Undang-Undang Leila de Lima dari Jabatan Undang-Undang Filipina berkata kerajaannya tidak menolak untuk mengambil tuntutan kumpulan dari Sulu terhadap Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tetapi berhati-hati untuk tidak mengeruhkan hubungan yang akrab dengan Putrajaya.
Kesultanan Sulu menuntut Sabah, yang dikatakan menyewa Borneo Utara pada 1878 kepada Syarikat Borneo Utara British dengan bayaran 5,000 dolar Malaya ketika itu, yang kemudiannya dinaikkan kepada 5,300 dolar Malaya pada tahun 1903.

Sabah, bagaimanapun, menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963, selepas Malaysia berterusan membayar RM5,300 kepada Sultan Sulu untuk negeri Borneo tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan referendum 1962 Suruhanjaya Cobbold di Sabah dan Sarawak mengatakan dua pertiga rakyat menyokong untuk menyertai Malaysia.

Awal bulan ini, Majlis Peguam Malaysia berkata Sultan Sulu tidak mempunyai hak dari segi undang-undang ke atas Sabah, berkata ICJ telah mengiktiraf Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah dan pulau sekelilingnya ketika menuntut wilayah yang bertindih pada 2002.

ICJ mengiktiraf tuntutan Malaysia dalam tuntutannya di antara Putrajaya dan Jakarta ke atas pulau Ligitan dan Sipadan yang berhampiran Sabah pada Disember 2002.
Filipina pada masa itu cuba mencelah dalam kes tersebut, tetapi permintaan mereka ditolak.

Putrajaya dan Manila adalah rakan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, rakan politik dan ekonomi serantau, dan rakan penting dalam membentuk perjanjian damai di selatan Filipina.TMI
ReadFull Article ..

Selasa, 19 November 2013

Contoh Surat Izin Tidak Masuk Sekolah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO98WG5qZE2FAOEqcNnL7V4pDNDJUx5lE3O8yQ_y5Le5a9LnjW-6-Baetgt60AG4RJA466C387BJW1HVrdAFZGfiFvx3gVo7dayBbKqMMr4iwMOcC22U98NWfEmGXTXViMQAR4PTlFLjI/s1600/Contoh+Surat+Izin+Tidak+Masuk+Sekolah.jpg
Contoh Surat Izin Tidak Masuk Sekolah


Berikut ini adalah contoh surat izin tidak masuk sekolah dikarenakan sakit:


Samarinda, 04 Agustus 2012
Kepada Yth.
Bapak/Ibu Guru Wali Kelas XII TKJ
SMK Kesatuan 2 - Samarinda


Dengan hormat,
Dengan ini saya orang tua/wali murid dari :

Nama   : Supriady
Siswa   : Kelas XII TKJ SMK Kesatuan 2 Samarinda
Alamat  : Jl. Ruhui Rahayu 1 Samarinda

Memberitahukan bahwa anak saya tersebut diatas tidak dapat mengikuti pelajaran seperti biasa pada hari ini, Jumat 04 Agustus 2012 dikarenakan sakit panas. Oleh karena itu, sekiranya Bapak/Ibu Guru Wali Kelas XII TKJ memberikan izin.
Demikian surat izin saya buat, atas pemberian izin dan kebijaksanaan Bapak/Ibu Guru Wali Kelas saya ucapkan banyak terima kasih.


       Hormat saya,
Orang tua/Wali murid




           M. Nur



ReadFull Article ..